Tamandesaperingat.blogspot.com

Tamandesaperingat.blogspot.com

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TAMAN DESA PERINGAT 30HB MEI 2009

Ucapan alu-aluan pengerusi Taman Desa Peringat


Assalamualaikum,

Alhamdullilah bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izinnya dapat kita berkumpul bersama-sama pada hari ini. Semua penghuni Taman Desa Peringat yang terdiri daripada keluarga tetap, penyewa dan anak-anak kita sekelian.

Taman Desa Peringat perlu kepada perubahan untuk mencapai matlamat yang murni kearah penyatuan yang dititkberatkan oleh agama kita,Islam. Oleh itu peranan dan tanggungjawab kita semua amat berat dan untuk mencapai hasrat ini berbagai uasaha perlu dilakukan dan dipertimbangkan.

Pihak pengurusan taman seharusnya perlu melipatgandakan usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Hubungan yang baik antara penyewa dan pemilik kekal amat diperlukan dan mesti dipereratkan lagi bagi mencapai matlamatnya.

Keseluruhan penghuni di taman ini , sehingga tahun 2009 adalah melebihi 500 orang. Angka ini diambilkira keseluruhan penghuni samada pemilik kekal, penyewa dan anak-anak.Ini merupakah satu jumlah yang besar dan akan bertambah dari masa ke semasa. Semakin ramai penghuni semakin banyak masalah yang timbul.

Oleh itu adalah perlu kita menubuhkan persatuan, iaitu Persatuan Taman Desa Peringat dengan bermatlamat untuk membawa kebaikan. Persatuan ini ditubuhkan dengan sukarela. Segala gerakkerja dilakukan dengan penuh sepakat. Kalau pincang pakatan ini bermakna hancurlah persatuan. Oleh itu saya, di awal pelantikan sebagai pengerusi telah melancarkan satu moto “Pakatan Mesra Taman” bertujuan menjaga hubungan silatulrahim sesama kita

Bukan senang untuk kita mencapai ke arah itu, malahan ianya amat sukar. Apatah lagi persatuan ini tidak bermodalkan wang ringgit tetapi hanya keikhlasan dan kejujuran hati masing-masing.

Namun pihak pengurusan taman ini juga telah Berjaya mngurus persatuan dengan baik, berkat kesabaran, perbincangan dan tanggjungjawab yang ada pada AJK, Biro-biro dan ketua-ketua blok masing-masing. Oleh itu persatuan ini semakin kuat dan tidak hairanlah jika bermacam-macam masalah yang timbul dalam usaha ke arah kebaikan.

“ Membuat kebaikan ini terlalu sukar jika dibandingkan dengan melakukan keburukan”

Jika kita membuat sesuatu kebaikan walau pun sebesar zarah sekali pun telah dijanjikan pahala oleh Allah swt jika kita benar-benar jujur dan ikhlas.

Sebaliknya jika kita membuat sesuatu perkara yang besar dan menderma jutaan ringgit bertujuan untuk bermuka-muka tanpa keikhlasan, pastunya tidak mendapat apa-apa ganjaran dari Allah…mungkin kita akan berdosa.

Dengan ini bersyukurlah kerana dapatkita sama-sama melaksanakan tugas dengan baik disamping Berjaya mewujudkan suasana muhibbah antara kita

Seramai 46 keluarga yang membayar yuran pada tahun 2008 dan kita dapat mengumpul duit sebanyak RM460.00. (RM10.00 bagi satu keluarga)

Walau pun ada kekangan kewangan kita masih lagi dapat mengatur denga baik segala program yang telah diputuskan dalam mesyuarat. Ada beberapa program yang melibatkan peruntukan yang besar seperti majlis berbuka puasa dan jamuan sempena sambutan hariraya yang begitu meriah sekali dengan kehadiran ramai tetamu di luar jangkaan. Kalau kita lihat dari segi keupayaan keewangan sudah tentu kita tidak mampu melaksanakannya apatah lagi kalau diambil kira dengan program-program yang lain yang telah kita laksanaya kan.

Berkat kerjasama antara kita menyebabkan badan-badan tertentu dengan bermurah hati menghulurkan derma selain dari derma-derma iklas dikalangan kita sendiri. Sekali lagi saya mewakili pehak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pehak-pehak berkenaan dan Allah SWT sahaja mampu menbalasnya.

Dengan ini saya sebagai pengerusi ditaman ini cuba mengajak dan berusaha mempertingkatkan penyatuan antara kita sesama penduduk. Disamping kerja-kerja amal yang lain kita juga wajib menjaga solat berjemaah di Masjid ditaman ini dan IsyaAlaah sudah ada Nampak peruhannya kearah itu. Pada bulan ramdhan lepas kita mampu melaksanakan solat terawih sebulan-bulan ramadhan dengan suasana yang mesra dan meriah sekali, dan ini patut kita kekalkan supaya menjadi amalan kita sampai bila-bila.

Dari segi amal kebajikan lain dalam bidang pendidikan anak-anak juga kita utamakan. Golongan kurang bernasib baik juga tidak ketinggalan sama-sama membela nasib meraka. Ditaman ini pada tahun ini sahaja terdapat 4 pelajar berjaya memasuki pusat pengajian tinggi diperingakat diloma dan ijazah. Manakala golongan warga mas, ibu tunggal dan OKU berjumlah 9 orang. Berbagai cara dan usaha telah kita sama-sama membantu mereka. Salah seorang OKU telah Berjaya mendapat sumbangan bulanan dari MAIK dan Jabatan Masyarakat.

Manakala dari segi peningkatan ekonomi pula kita telah Berjaya mewujudkan kerjasama dengan badan tertentu seperti KADA, MARDI dan sektor awam lain. Kita juga telah Berjaya menghantar beberapa wakil dari kumpulan wanita ditaman ini bagi mengikut kursus perniagaan catring dan cara-cara membuat kuih di Perdana Resort selama 4hari.. Ekoran dari itu kumpulan ini sekarang telah berjaya menarik minat golongan wanita ditaman ini dan sekitar dalam beberapa kursus yang telah berjaya kita anjurkan. Target utama kita adalah bagi mewujudkan IKS satu product satu pengeluaran suatu masa nanti.

Kita dapat menjalankan perkara tersebut adalah berkat kerjasama antara AJK dan penghuni taman ini Sama-samalah kita. Berdoa kepada Allah swt , berusaha dan bekerja dengan tekun , sabar, jujur , ikhlas dan amanah, Insya Allah kita akan Berjaya mencapai hasrat murni penghuni taman ini… Insya Allah…

Sempena mesyuarat agung ini pihak pengurusan telah melancarkan satu rangkaian internet yang boleh dilayari di http://www.Tamandesaperingat.blogspot.com

Wassallam. Sekian…

Dan Selamat Bersidang...

JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN PERSATUAN SESSI 2008/2010


Pengerusi : Azemi Ab Latif

Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Arifin

Setiausaha 1 : Abdul Aziz b Omar

Setiausaha 2 : Penghulu Shukri

Bendahari : Nor Ashiah

Ketua Penerangan : Razali (Saufi)

Penasihat Persatuan : Ir Mohamad Nor Salleh ( telah berpindah)


AJK

1. Roslan b Ismail

2. Wan Adnan b Wan Husin

3. Ismail b Daud

4. Che Su b Ali

5. Mat Razi b Mat Ariffin

6. Kamaruzaman b Che Amat

7. Nazirah bt Musa

8. Noraini bt Mohamad

9. N. Sarina bt N Abu Bakar

10. Hamidah bt Hamzah

11. Rasidah bt Mat Nor

12. Norma bt Jaafar

13. Ramlah bt Jusoh

14. Noraini bt Ismail

15. Rosilawati bt Yusof

16. Aminah bt Mahmood


Pengerusi Biro

  1. Penghulu Mat Yie (Urusan kematian dan jenazah)
  2. Ghazali Mat yunus ( Pendidikan, Ekonomi dan pembangunan)
  3. Mohamad Ibrahim (Masjid sehingga 31.12.2008)
  4. Nor Ashiah ( Kemasyarakatan)
  5. Wan Adnan b Wan Husin ( pemuda)
  6. Ghazali (Saufi) (Perhubungan awam)
  7. Aziz Omar (masjid bermula 1.1.2009)


Ketua blok

  1. Abdullah b Mamat (Blok A)
  2. -------- (Blok B)
  3. Roslan Ismail (Blok C 1)
  4. Zailani (Blok C2)
  5. Razali B Daud (Blok D)
  6. Wan Adnan Wan Husin (Blok E)
  7. Wan Jusoh Wan Shafie ( Blok F)
  8. Rosilawati bt Yusof ( Blok G)

Friday, June 5, 2009

PRASANGKA, MENGUMPAT KERJA SYAITAN

BURUK SANGKA MUSUH UMAT

Menjaga hati dan fikiran bukan perkara mudah. Kedalam hati sukar diduga, manakala fikiran mampu melangkau batas dan sempadan. Satu dari pada cabaran untuk menjaga hati dan fikiran ialah mengelakan daripada buruk sangka.

Allah berfirman, "hai orang yang beriman, jauhilah prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat pada sebahagian yang lain.

"Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka, tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang". (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Bergitulah kejinya buruk sangka. Bahayanya buruk sangka, bukan saja merosakan diri, malah menjerumuskan orang lain kepada gejala permusuhan. Buruk sangka bukan satu tingkah laku yang boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia sering dizahirkan melalui percakapan atau bahasa badan.

Ia bermula dengan pelbagai sangkaan dalam fikiran seseorang, seterusnya membawa hatinya tidak senang dan tidak berpuas hati dengan keadaan itu dan bertolak daripada sangkaan buruk inilah, maka mendorongnya kepada umpat dan fitnah.

Contohnya, seseorang wanita yang mengesyaki rakan sepejabatnya, seorang gadis bujang, kononnya berkelakuan sumbang dengan ketua atau boss mereka. ini adalah buruk sangka. Apabila wanita tadi bercerita dengan seorang lagi rakan sepejabatnya, maka perbuatannya menjadi umpatan. Dan, perkara tidak benar yang dibincangkan adalah fitnah ke atas gadis terbabit, dan terjadilah permusuhan.

Bergitulah, mudahnya sesuatu hati dan pemikiran yang jahat merosakkan hubungan insan. Oleh itu, seharusnya kita sentiasa berfikiran positif dan berbaik sangka kerana kita mungkin tidak pernah terlintas bahawa pertuturan kita yang berlandaskan buruk sangka boleh menghancurkan hubungan sesama manusia.

Renung-renungkan lah dan fikir-fikirkan la

Wednesday, June 3, 2009

BILA GENG WAK LONG MENJADI RAJA

Penghuni tertekan...
Si pengkianat menekan...
Penghuni sesama melayu bermusuhan...
Bangsa lain bertepuk tangan...
Nak ambil hati penghuni cara jahat dorang idamkan...
Hak kebenaran bukan lagi menjadi buruan...
Pengkianat mahu jadi johan!


Fitnah terus mengganas...
Mahukan hati orang terus panas...
Tali barut suka mengipas...
Bermusuhan tetap pilihan yang teratas...
Diorang sokong benda yang panas...
Biar penghuni semua jadi cemas...
Supaya senang depa menganas...

Kenapa penghuni buta mata?

gaduh je yang korang suke...
Kenapa?...nak tunjuk yang korang gila kuasa?
padahal penghuni taman di hujung nyawa...
Itu ke yang orang pengkianat suka?
mengumpat sana sini...
Bikin kacau bilau semua penghuni...
Bangsa lain duduk gelak-gelak sesama sendiri...
Bila ikatan melayu dah tak sekuat mana...
Silap perhitungan anak-anak cucu esok juga yang merana...


Penyewa juga satu hal...
Pemilik kekal terkial-kial...
Bila menerima fitnah yang sial...
Tak pernah terima perkara yang masuk akal...
Skrg siapa yg rugi angkara sial...
Membuat keputusan yang buta akal...
semata2 nak tunaikan janji-janji yang mual


Mereka yang lain otak bijak...
Diorang tidak sokong pakatan memberontak...
Lepas depa jatuh, jangan pula kita pakat pijak!
Tak elok kita buat mcm bola sepak...


Kalau puak gila ni ada kuasa termenteri...
Jika ditakdirkan kita semua mati...
siapa lagi yg nk ganti ?
AJK pengurusan taman menjadi saksi...
Sudah tentu yang jahat akan menanti...
last2 yang jahat juga menjadi pujaan hati...
Hak yang baik akan dinafi...
Pakatan perpaduan akan di nyah kembali...
Penjahat semua akan suka hati...apa yang nak sengih lagi?
Ada hati nak sokong lagi?
masa tu yang lemah akan dibuli...
Pada dorang...lebih baik yang lemah dikeji...
Sekarang penjahat asyik menanti..
Kita undur, penjahat suka hati...
Tapi bila kita berkuasa lagi...
Depa buat perangkap lagi...
Nak jerat kita sesama sendiri...
Biar puak kita separuh mati...
Namun kebenaran...tetap terperi...
Semata-mata mempertahankan maruah diri...

Penyewa,pemilik di taman akan pindah kesana kemari...
Ingin mencari damai dihati...
Bernama Sharipah nama diberi...
Angkara penjahat ditaman sendiri...


SEDARLAH KITA SEMUA...
TIADA GUNA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI...
SUSAH SANGATKAH KALAU KITA BERSATU...
DALAM MENEGAKKAN KESUCIAN AGAMA...
MARILAH KITA SAMA-SAMA JAUHKAN KEPENTINGAN DIRI SENDIRI...

Khas untuk penghuni taman.

PAKATAN PENCINTA KEBENARAN

بسم الله الرحمن الرحيم


Segala puji-pujian kembali kepada Allah Yang Maha Kuasa, Tuhan Pentadbir sekalian 'alam. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui apa-apa sahaja yang ghaib mahupun yang tersembunyi apatah lagi yang nyata. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati hamba-hamba-Nya. Dia jua Yang Maha Mengetahui ikhlas atau tidak akan niat hamba-hambaNya dalam tutur bicara dan tindakan. Tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Tiada daya dan upaya melainkan semua itu atas kekuasaan Allah Yang Maha Agung. Selawat dan salam buat Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, para ahlul bayt, sekalian para sohabat, para tab'ien, para 'ulama haq, para waliyuLlah, dan sekalian para pejuang dan pengikut kebenaran sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia hingga akhir zaman. Aameen.


Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Kekadang tanpa sedar, sedang kita sibuk berusaha mencari cinta manusia dan mencari kebahagiaan dunia... tapi...Kita alpa dalam memburu dan menggapai cinta yang hakiki yang membawa kepada kebahagiaan yang abadi...

Bahkan bukan sahaja kita lalai dalam memburu cinta Allah, sedar tak sedar kita telah dan sedang mencari permusuhan sesama sendiri, sesama muslim... sama ada orang yang kita kenali mahupun yang kita tidak kenali...melalui tutur bicara kita sama ada secara langsung mahpun melalui alam maya ini...


Muslimin muslimat yang ana hormati pada jalan Allah...
Hentikanlah permusuhan... Hentikanlah menjadi orang yang memulakan permusuhan... Hentikanlah kata-kata yang menjadi asbab tercetus permusuhan... Carilah titik pertemuan... Berbicaralah demi kebenaran....
Dalam menegakkan yang haq, perlu ada ketegasan tapi jangan lupa... hiasilah peribadi dan tutur bicara kita dengan kelembutan... Moga da'wah berkesan dan berkekalan... insha'Allah, akan mendatangkan manfaat buat diri kita di hari "kemudian"... Amatlah rugi dan menyedihkan seandainya, kita tak sedar bahawa kita bersengkokol dengan golongan yang lalai dalam menyemai benih kasih sayang sesama muslim. Sedarlah saudara segamaku... Bahawa perbuatan ini akan menyebabkan kerasnya hati... sehingga menyukarkan hidayah untuk menembus di sanubari... Wa'iya zubiLlaah.




Ingatlah wahai saudara seagamaku, se'aqeedahku...

Segala tindakan kita, perbuatan kita, renungan mata kita, bicara kita, riak wajah kita, senyum tawa kita, bahkan kata-kata di hati kita yang tak terucap dari lidah kita, pendek kata apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini akan mendapat dihisab dan dinilai di hari penghisaban kelak...

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman dalam surah Az-Zalzalah, ayat 6 -8 yang bermaksud:Pada hari itu, manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula."

Dalam syair ada menyebut:
"Apabila anda ada kebaikan, maka anda akan dikasihi... perkataan yang anda didiamkan dan pekerjaan anda juga menjadi harus. Sebaliknya, jika anda mempunyai kejahatan maka anda tidak dikasihi, malah perkataan anda tertolak dan pekerjaan anda juga melampaui batas"
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَلاَ تَسْتَوِى الْحَسَنَةُ وَلاَ السَّيِّئَةُ ؛ اِدْفَعْ بِالَّتِى هِيَ اَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِى بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَاَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيْمٌ .

"Dan tiadalah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) itu dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia".
(Surah Fushilat, ayat 34)



Oleh itu, marilah kita membiasakan diri kita menjaga adab kepada sesiapa pun... Ikutilah sunnah nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam... perlu diingat yang haq tetap haq, yang bathil tetap bathil... walau bagaimana pun, usahakanlah untuk menjaga adab dalam menyampaikan yang haq...Moga beroleh kasih sayang dari Yang Maha Penyayang... Insha'Allah akan ditunjukkan jalan kebenaran... akan dilapangkan dada menerima kebenaran... akan dibuang dari dada kita hasad dengki, dendam kesumat dan permusuhan...

Firman Allah Subahanu wa Ta'ala:

اُدْعُ اِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ، وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِى هِيَ اَحْسَنُ ؛ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ اَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيْلِهِ ، وَهَوَ اَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ .


Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Surah An-Nahlu, ayat 125)

Muslimin-muslimat yang ana kasihi pada jalan Allah...
Marilah kita mencari cinta Allah... Marilah kita berusaha untuk mengenal Allah...Marilah kita berusaha menepati syarat-syarat untuk memperoleh cinta Allah. Telah berpesan Al-Sayyid Muhyiddin 'Abdul Qodir Al-Jailani di Madrasah al-Ma'murah, hari Jumaat pagi, 21 Zulkaedah, 545 H:
"Ketahuilah!Mencintai ALlah, bukanlah suatu hal mudah dilakukan, sehingga setiap orang mengaku bahawa dia mencintai Allah. Betapa banyak orang yang mengaku bahawa dia mencintai Allah, sedangkan pada hakikatnya ia masih jauh daripada-Nya"

Telah berkata Al-Habib 'Abdullah bin Alwi Al-Hadad:
"Sesungguhnya, orang yang berbahagia itu ialah yang selalu bersandar diri kepada-Nya, dan menyerahkan segala urusan kepada-Nya, meletakkan dirinya di dalam kuasa dan kekuatan-Nya, berserah diri dan tunduk sepenuhnya kepada qudrat dan iradat-Nya. Bersungguh-sungguh meletakkan harapan dan keinginan kepada apa yang ada di sisi-Nya. Adapun orang yang sengsara dan terjauhkan dari segala keberuntungan adalah yang berpaling dari Allah, tiada ingat kepada-Nya, bahkan selalu mengikuti bisikan hawa nafsunya dan mengutamakan dunianya di atas akhiratnya."


Sahabat-sahabat, muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Marilah kita sama-sama berfikir tentang kehidupan yang bakal kita lalui... satu kehidupan yang PASTI semua orang akan hadapi... yakni kehidupan akhirat... Bahagia kah kita? celakakah kita? gembira kah kita? derita kah kita? calon syurga kah kita? calon neraka kah kita? Na'uzubiLlaahi min zalik...
Ketahuilah! Berfikir tentang akhirat itu dapat menerangkan hati dan mempusakai ma'rifatullah...Sebaliknya banyak berfikir tentang tentang dunia, boleh membawa kepada kematian hati. Sesiapa yang hatinya mati, hati itu akan menjadi kenderaan syaithan.. Oleh itu, berasa takutlah dengan keadaan demikian...


Sedarlah wahai muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Timbul daripada berfikir itu sembilan perkara:

1.Perasaan takut

2. Taubat

3. Sembahyang pada malam hari
4.'Ibadat

5. Qana'ah iaitu memadai apa yang ada
6. Pemurah

7.Beradab

8.Merendah diri

9.Menyucikan dirinya daripada tiap-tiap sesuatu



"Kesemua ini menghasilkan faedah yang sangat banyak dalam agama dan dunia orang yang berfikir. Sesiapa yang banyak berfikir, banyaklah pula perasaan takutnya dan sesiapa pula yang banyak perasaan takutnya, hatinya akan menjadi terang benderang. Sesiapa yang memiliki hati yang terang benderang, dia dapat melihat yang mana baik dan yang mana jahat dan sudah tentu dia tidak akan memilih yang jahat kecuali memilih yang baik-baik sahaja"


Hati-hati dengan sifat lalai sebagaimana sembilan perkara berikut:
1. Kasih kepada kemuliaan
2. Kasih kepada harta
3. Kasih kepada kekayaan

4. Kasih kepada pekerjaan dunia

5. Kasih kepada pakaian

6. Kasih kepada perempuan
7. Kasih kepada tidur

8. Banyak makan

9. Banyak minum

"Salah satu perkara di atas banyak sekali membawa kepada kebinasaan dalam agama dan dunia bagi orang yang lalai"

Allah Subhanahu wa Ta'ala benci kepada 10 perkara yang dimiliki oleh 10 jenis manusia:

1. Sifat bakhil dari orang kaya.
2. Takabbur dari orang-orang fakir.

3. Sifat tamak dari para ulamak.

4. Sedikit (sahaja) rasa malu dari kaum wanita.

5. Kecintaan kepada dunia dari orang-orang tua.

6. Sifat malas dari para pemuda.
7. Kezaliman dari pemimpin.

8. Sifat penakut dari orang-orang yang berperang.

9. Sifat ujub dari hamba-hamba yang zahid.
10. Sifat riyak dari para ahli ibadah.

(kata-kata ahli hikmah)
Akhirul kalam, mohon maaf dunia akhirat atas tutur bicara ana... Semoga dapat dimanfaatkan demi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maaf lama tak online. Masalah internet connection. BarokaLlaahu fiikum

Ana al-faqiroh wad-dho'ifah ilaLlaah.

KEMBALILAH KITA KEPADA ALLAH SWT